Sunday, December 7, 2008

Bila Botek bercerita....


He3...Ni citer aku(editor blog ni) Bukan ler best sangat pon citer ni...tapi krew BELIA 4B nak juga ku citer kisah ni...benda ni jadi secara sepontan jer. Citer ni jadi selepas kami semua abis daftar kemasukan pelajar politeknik sesi julai 2008 untuk course Diploma Teknologoi Makanan.

"Hmm..aku duk kelas aper ler nanti?" kata hati ku sendiri.. Puas sudah aku teliti nama yang ader kat papan kenyataan yang menunjukkan senarai nama yang akan duduk di kelas mana nanti. Pergh!! akhirnya aku jumpa pon nama aku. Aku di tempatkan di kelas DTM 1A. He3.. kira okey ler sebab aku tengok kat situ ader 7 orang lagi pelajar lelaki..huh nasib baik bukan aku sorang jer yang duk di klas tu..lepas tu aku pun pergi ler cari kelas aku tu..masuk jer kelas tu tengok muka2 yang aku x kenal pon kat situ..budak baru(noob) ler katakan. Tiba2 ader dua orang lecturer masuk diorang memperkenalkan diri masing2 kat kita orang. Nama diorang ialah En. Hasmizi & En. Syafarim dan diorang ni merupakan PA(penasihat akedemik) untuk klas ni. First, diorang suruh kami memperkenalkan diri kami masing2 kat semua orang yang duk kat kelas tu..After that, diorang suruh ler tandatangan surat module and so on. Sambil tu diorang citer la juga macam mana course DTM ni, peluang kerja dier macam mana, peluang sambung belajar dan lagi ler(aku x ingat lagi dah, he3 cepat lupa tul ler aku ni!! dah tua kot, yer la kan dah 200 tahun umur aku..)

Ha!! Kes ni ler yang krew BELIA 4B nak aku ceritakan (hmm...malu lak rasanyer nak cerita, kalau pikir balik memang nak tergelak aku) Kes dier simple jer..masa tu PA tanya saper nak jadi wakil kelas untuk kelas DTM 1A ni..aku tengok masing2 dah tarik muka..sibok duk nak cadang orang tu ler, orang ni ler..tiba2 aku angkat tangan tanda nak cadangkan saper yang akan menjadi wakil kelas...masing2 senyap tanda hairan.."Saper ler agaknyer mamat ni nak cadangkan yer?" kata PeDo..

Maka bermula ler dialog ni..

"Yer, awak nak cadangkan saper?" kata En. Syafarim kepada aku...

"Err..saya nak cadangkan diri sayer sendiri.." kata aku kepada En. Syafarim...

" Saper? Cakap kuat sikit.." kata En. Syafarim..

"Err..saya nak cadangkan diri sayer sendiri.." kata aku dengan nada yang lebih kuat..

" Hmm..awak nak jadi wakil kelas? Saper yang sokong dier jadi wakil kelas?" kata En. Syafarim kepada semua kelas..


Aku ingat ader pelajar lain yang nak cadangkan saper2 lagi tapi sebaliknyer lak yang jadi..semua orang setuju..Ha?!! Biar betol..x der orang lain lagi dah ker nak dicadangkan?!! Ahh!! Lantak ler aper la nak jadi..kata aku sendiri. Then pemilihan penolong aku lak berlangsung dan orang yang terpilih ialah Thong.

********************************************************************************************************************
**Hu3 nak tergelak lak rasanyer bila mengimbau balik kisah tu..macam mana ler aku boleh g cadangkan diri aku sendiri...he3 ;-)** Aku Giler Kuasa Ker??..sekian

Ok? Krew BELIA 4B aku dah citer kisah aku, korangnyer bila lak?!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home